Assalamualaikum...
Salam hormat semua~
Memandangkan Syawal 1432 bakal melabuhkan tirai beberapa hari je lagi, aku rasa teruja pulak nak share beberapa gambar sepanjang kami sekeluarga meraikan Hari Raya Aidilfitri... here we go~
Kita mulakan dengan 1 Syawal~
Ni adalah scene selepas balik dari Solat Sunat Aidilfitri di Masjid At-Taiyibin~ menjamu selera setelah malam sebelumnya berpeluh sakan membakar sate serta membakar mercun.... tapi kemeriahannya memang terasa, walaupun tahun ni kami hanya beraya di KL....
pastu sesi bermaaf-maafan sesama kita~
Si Firdaus ni, salam abah lama-lama ada makna la tuu~ masyukkkk~ (sebenarnya, banyak dosa tu.. hik..hik..hik)
tahun ni aku memang allocate banyak sikit duit raya untuk bebudak ni.. dapat bonus la katakan. Alhamdulillah... Rezeki perlu dikongsi bersama....Adoi, badan besar dari aku dah, nak mintak duit raya lagi? adehhhhh~ tak apa la. Atas lesen belajar lagi, dibenarkan~
ha yang ni Si Fakhrul, yang bongsu... boleh la bagi duit raya banyak sikit yer~
Aku suka jugak gambar ni... Gambar mak dengan 2 orang nak perempuan yang boleh tahan "comel"....
ish3~
yang ni pulak, mak dengan anak-anak bujang kesayangan dia~
dan finally, one happy family at home!!! how sweet kan?
itu budak tecik memang nak kene cium!! spoil my gambar aje~
Last but not least, our Mummy and Daddy~ eceehhhhh... mak dah abah yang tersayang...... we love both of u so much!!!!!!!
Ok, for the second day, Hari Raya~
Haaa, ni adalah gambar pagi raya kedua, di mana kami berkonvoi 2 kereta untuk menziarahi pusara arwah Tok We dan Mok Pah kesayangan kami di Shah Alam. Setelah selesai, kami beraya sakan di rumah Pak Lang~
huhh, pelbagai juadah telah disediakan... apa lagi? serangggg!!!
setelah puas menjamu selera, teka apa kirorang buat?? haaaaaaaa, bermain-main dengan rabbit lah!
dan last sekali sebelum pulang lalalala, kami bergambar kenangan bersama~ sungguh cute gambar ni.. i like!~
opssss.... sebelum bebetul balik rumah, kami singgah melawat ATOK Imie, Ajih, Aye, Utik, Lin dan Ajan di PPUM......
sorry.. gambar atok tak pulak sesiapa ambil time ni. Just gambar budak-budak sebok aje kat ruang menunggu ni.. heheee.....
Ok, thats all for now~ kang tak jadi buat kerja lain..daaa~