Tuesday, 15 May 2012

Kesibukan ~

Hui...

agak lama juga aku tak post apa-apa kat blog ni. hampir 3 bulan. bermacam-macam benda dah buat dan dah ebrlaku. tapi tak berkesempatan nak menulis di blog kesayangan ku ini. Insyaalah, selepas semua kerja agak berkurangan (nak tunggu siap, alamatnya tak menulis blog la kann) akan ku duduk dan lepak-lepak emlepas perasaan kat blog ni yer.. Jumpa nanti...

Tuesday, 28 February 2012

Keputusan dah Keluar!!!

Tik tok tik tok tik tok masa berlalu begitu cepat sehingga kan tak sedar yang hampir 2 bulan lebih cuti smester akan berkhir dalam masa sehari dua lagi. Bercerita mengenai semester dua, aku teruja. tapi pada masa yang sama, aku sedikit terkilan dengan keputusan semester pertamaku.................
 
Sedih?? Kecewa?? mungkin pada awalnya begitu. bohonglah kalau aku kata aku berpuas hati dengan keputusan pelajaran aku itu. Tapi ....  itulah hakikat sebenar yang harus aku terima....

 Tu je yang mampu aku katakan. apa yang aku tahu, keputusan semeter pertamaku jauh tersasar dari apa yang aku inginkan. Aku hanya mendapat 3.2 berbanding 3.5 untuk setiap semeter... Oh TUHAN~


Pada mulaku aku seperti sukar menerima kenyataan. ye la siapa yang gembira kalau bertungkus lumus siang dan malam dan aakhirnya apa yang diimpikan tidak tercapat. Tapi bila difikirkan balik, mungkin usaha aku masih belum mencukupi. Allah nak aku lebihkan lagi usaha dalam mencapai kejayaan macam orang lain. Mungkin kalau orang lain perlu usaha sekali, maka aku perlu 2-3 klai ganda usaha untuk mencapai kejayaan yang sama. Keupayaan setiap orang adalah berbeza, jadi kita kena terima fakta itu dengan hati yang terbuka.

Semesta kedua akan tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Aku perlu mula mempersiapkan diri dari segi mental, fizikal dan rohani dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang penyelidik dan pelajar sekaligus agar tak tercicir dalam mana-mana segi sekalipun.


Mohon kawan-kawan, ahli keluarga mendoakan kejayaan aku ye. Semoga Allah juga memudahkan segala urusan kalian..... :D

Wednesday, 15 February 2012

Bila Cinta~ Jadi persoalan~

As- Salam....


Apabila persoalan cinta sering diuatakan, maka....
Bicara cinta.pun bermula..
Acewahh!!


Sebenarnya aku nak berkonsi cerita.. perihal cinta.. ohh bukan cinta yang itu.. tapi, 'cinta' dalam persepsi dan konteks pemikiran aku dan gaya kehidupan aku... sebagai salah seorang insan, di bumi Allah ini.



Al-kisah... apa itu cinta ?? Cinta pada ku agak mudah.. apabila wujudnya rasa kasih, sayang serta rasa tanggungjawab kita terhadap seseorang atau sesuatu. Tak kiralah, rasa cinta itu diberi, diserah, dipupuk dibelai atau apa saja..


 Rasa cinta itu kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya buat kita, insan di dunia. Sebagai insan biasa aku lebih suka mengatakan bahawa cinta itu apabila aku menyayangi seseorang atau sesuatu. Aku cintakan diriku. aku cintakan keluargaku. Aku cintakan sahabat baik ku. Aku cintakan bossku. Aku cintakan teman sekerjaku. Aku cintakan teman sepermainanku. Aku cintakan rakan kuliahku. Bermakna aku menyayangi mereka semua yang pernah hadir mewarnai hidupku...

Cinta antara aku dan 'dia'?? 'Dia' yang bergelar lelaki ajnabi.. Terus terang, aku tak pernah tahu bagaimana rasanya menyintai dan dicintai 'dia'. Selama hampir 3 dekad hidupku ini, yang kutahu hanyalah rasa sayang dan kasih yang kusebutkan tadi. Aku pernah menyayangi lelaki, tapi hanya sekadar sebagai teman seperjuangan. Di kala umur menginjak alam dewasa, aku akui aku masih belum mampu mengetuk pintu hati mana-mana lelaki yang benar-benar inginkan aku sebagai suri di hatinya, sekaligus sebagai peneman di hari tua, sebagai kawan, teman di kala suka dan duka.

Zaman belajarku, diwarnai dengan gelak tawa, usikan teman-teman tak kira lelaki mahupun perempuan. Dalam perjuagan sebagai pelajar, kami banyak berkongsi cerita dan berkongsi rasa. Perasaan cinta dan sayang antara kami semua bersatu, sehinggakan tempoh belajar bertahun-tahun tidak terasa lamanya. 'Dia' yang pernah hadir, semuanya atas tiket sebagai teman atau sahabat. Pada ketika itu, tak mungkin lebih dari itu. Syukurlah, Allah menyelamatkan kami semua daripada menjurus untuk melakukan sesuatu ygang buruk. Tidak pernah sesekali kami semua terbabas dari jalan sebagai seorang pelajar. Alhamdulillah, masing-masing berjaya dalam pelajaran seterusnya berjuang pula di alam pekerjaan. 

Meniti hari demi hari, aku akhirnya seperti pasrah dan redha. Jika sebelum ini ramai yang mencadangkan aku untuk memulakan sesutu perhubungan sekiranya aku benar-benar merasakan 'dia' adalah teman terbaik untukku, aku seperti berasa kurang selesa. pada aku, aku hanyalah seorang perempuan. Walaupun hidup di tengah kota Kuala Lumpur, dibesarkan dengan gemerlapan lampu kota, dikelilingi bangunan gah negara, tapi aku masih seorang perempuan. Walaupuna ku bukanlah jenis muslimah sejati, hanya sekadar seorang perempuan biasa, yang tidak lari dari melakukan salah dan segalanya. aku masih perempuan... Justeru, walau aku lantang bersuara di pejabat, atau di kalangan kawan-kawan lelaki dan perempuuan, tapi apabila masuk bab hati, aku masih seorang perempuan. Seorang perempuan yang berasa sangat malu. Malu... Ya.. Malu. sungguh! Aku malu....



Ya Allah, jika aku jatuh cinta..
 
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu
 
Ya Hafiizh..,jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Mujiibu..! Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam JURANG CINTA SEMU

Ya Baarii…,jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu….

Ya Jaami’u…, jika aku rindu, rindukanlah pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Khobiiru…, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu…

Ya Wahhaabu…,
Jika aku menikmati cinta kekasih Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Aziizu…, jika aku jatuh hati pada kekasih Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu….

Ya Haadiy…, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas, sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...


Ya ‘Aliimu…, Engkau mengetahui bahwa hati ini telah terhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, dan telah terpadu dalam membela syariatMu, penuhilah hati-hati ini dengan nurMu, yang tidak pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan…
 

Aamiiin yaa rabbal ‘aalamiin.

Aku tidak mengharapkan kesempurnaan pada diri bakal pasanganku. Cukuplah sekadar kami mengasihi, hormat menghormati antara satu sama lain. Sering menegur dalam mencari kesempurnaan untuk menjadi hamba Allah swt yang soleh dan solehah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Aminn.....


.

Friday, 10 February 2012

Tweet, Retweet di TWITTER!






Apakah itu TWITTER? Ha, mesti ramai orang tahu kan, apakah itu. golongan manusia zaman kini, kalau tak tahu TWITTER, mungkin orang  akan berasa pelik masakan tidak, twitter merupakan medium yang terkini yang digunakan oleh semua golongan untuk berhubung antara satu dengan lain, walaupun saling tak mengenali. Cukup hanya dengan menegtahui namanya!

Ok. Biar aku berterus terang. Aku juga mempunyai satu akaun twitter. Mulanya dibuat hanya untuk suka-suka untuk menunjukkan yang aku juga tiodak ketinggalan dalam arus teknologi yang dicipta manusia.  Sejak kebelakangan ini, aku kerap menggunakannya. Ye lah, mulanya hanya sebagai tempat untuk menghilangkan boring di kala 'mengantuk' di tempat kerja, dan akhirnya menjadi tabiat pula, seawal pagi dah meng'update' twitter! Aduhhhh, dasyat sungguh penangannya bukan?
Sekadar berkongsi di sini, dalam beberapa hari ini je, pelbagai artis dan selebriti yang ber'twit' dengan aku, termasuklah Catriona Bahrin Ross, Imam Muda Asyraf, Adiputra, Adibah Noor, Sharifah Shahira, Sham kamikaze dan yang paling tak boleh aku lupakan, aku dapat retweet dari JACOB BLACK (twilight saga) aka Taylor Launer.... hehe... seronok la jugak. Tersenyum je aku seharian.




kalau bercakap pasal twitter ni, ada baik adfa buruknya. Setakat ni, alhamdulillah, aku sekadar berkongsi berita dan berkongsi kata-kata yang berguna bersama mereka yang terdapat dalam senarai twitter ku. Aku harap selamanya begini. Mengeratkan ukhuwah yang terbina. Aminn~

Thursday, 9 February 2012

On Air~ 2012~

Pencarian bakat muda dalam bidang pengacaraan telah pun bermula!! diketuai oleh Aznil Haji Nawawi serta Suhaimi Sulaiman bersama seorang lagi juri jemputan, pihak Astro dengan giatnya sedang meneliti calon-calon yang layak melalui sesi ujibakat yang diadakan merangkumi seluruh pelosok negara...

Seingat aku, semalam merupakan episod pertama rancangan tersebut yang mana menampilkan Dang Suria Zainurdin sebagai juri jemputan. Pada mula kemunculan beliau, aku terasa sedikit pelik~ Dang Suria ke itu??~  ishhh lain benar kelihatan bentuk muka terutama bibir dan pipinya~ ishhh3~ apapun, fikir positif...positif~

Leka aku menonton rancangan tersebut, diselang seli dengan babak kerinduan Pak Nil yang menggunung terhadap anak-anak. yelah, tiada hujung minggu untuk dihabiskan bersama permata hati. Mengenai peranan beliau pula sebagai ketua juri, hmm terserlah kematangan beliau dalam mengendalikan keadaan yang cemas apabila berada di barisan juri untuk program itu. Untuk mereka yang menontton, faham aje lah situasinya kan...

Hmm... Dang Suria~  sebagai JURI JEMPUTAN~ arghhh, sungguh aku tak sangka beliau sangat 'out of spoken' apabila diminta memberi teguran mahupun kritikan. tak bertapis langsung!! terus teranng kurang sedikit rasa hormat aku paga pengacara senior sepertinya. memang tak ku sangka~ Cara teguran yang diberi sangat-sangat menjengkelkan.

Apapun, buat semua, kalau nak menegur tu berpada lah. maksud aku, letakkan lah sedikit 'gula' jangan hanya 'cili' sahaja. .. Bagus sangat ke 'kita' untuk memberika komen sedemikian rupa. Andai nak jugak komen begitu, alaskan lah sikit dengan unsur-unsur positif, barulah orang tidak terasa. Perlu diingat, walaupun kita diberi tugas dan tanggungjawab untuk mengkritik, lakukanlah ia dengan berhemat. barulah orang akan lebih hormat pada kita....  fikir-fikirkan lah. Sesungguhnya, orang yang benar-benar bagus je yang tak rasa dia baguus... yang tak bagus tu lah yang perasan bagus.... aduhh... itulah lumrah dunia..  Wallahualam~

Wednesday, 1 February 2012

Kehitaman Semakin Terserlah!

huhuuu~

disebabkan cuti semester untuk aku ada dalam 2 bulan lebih, maka aku buat keputusan untuk melakukan aktiviti renang. Keinginan ini telah sekian lama aku pendamkan. Sedari di bangku sekolah lagi. tapi masa tu, agak mustahil untuk dilaksanakan~.Walaupun aku pandai mengapungkan badan dan sedikit teknik-teknik lain apabila berada dalam air, tapi aku belum yakin dengan kemahiran berenang yang aku ada. Maka dengan itu, aku putuskan untuk join team orang-orang yang belajar berenang di UIA Gombak. bermulalah aktiviti baruku itu, setiap sabtu dan ahad  bermula Jan lalu.

Setelah 2 minggu berlalu...... jeng jeng jengggggg......... Aku dah pandai berenang!!!!!!!!!!!!  hauyeahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!! jangan jeles yerr...

malu pula aku rasa...
ye lah, sebab ~ aktiviti aku itu membuatkan........ kehitaman semakin terserlah~aaduhhhh~
ini semua gara-gara kemaruk swimming pool.. kaau dah masuk dalam kolam tu, 3 jam tak sah!!!!
walupuun dah pakai cream sun burn akan tetapi~ ohh~

Oleh itu, lengkaplah salah satu lagi keinginan aku dari kecil, untuk mampu berenang seperti orang lain yang pandai berenang~~ Buat semua, "di mana ada kemahuan, di situ ada HI WAY~"  al the best yehhhh!

Monday, 30 January 2012

AJL ohh AJL26~

Salam...

Semalam berakhirlah satu lagi episod AJL26 untuk tahun 2011. Secara peribadi, bagi aku, AJL kali ini mempunyai tempatnya yang tersendiri. Siaran langsung selama hampir tiga jam lansung tidak menimbulkan kebosanan. Mungkin dengan keletah pengacaranya yang boleh dikira 'matang' dalam mengendalikan acara itu. Gandingan Faizal Ismail dengan Cheryl Samad, nama yang begitu sinonim untuk AJL. kelibat Ally pula tidak kelihatan pada kali ini, mungkin ingin memberikan peluang kepada 'pasangan pengantin baru' ityu untuk meluangkan masa bersama.....

Ok berbalik kepada persembahan. Sebanyak 12 lagu yang dipertandingkan dan sejujurnya hanya 5 lagu yang paling aku tunggu-tunggu kemunculan penyanyinya. dan ternyata, persembahan penyanyi untuk 5 buah lagu itu amatlah membanggakan. Bayangkan, gemersik sungguh suara Jaclyn Victor dalam mengalunkan lagu Sedetik Lebih...sungguh mengharukan! malangnya Jac tidak memenangi apa-apa anugerah untuk lagu ini. Tak apa Jac, you have done a great job!! I like it very much!

Lagu seterusnya yang menjadi kegemaran aku  ialah Kisah Hati nyanyian Alyah. Huh, memang best sangat persembahan dia yang ala-ala patung dalam music box tu. Tahniah la sebab dapat merangkul anugerah persembahan terbaik malam tu! Terhibur hati aku....

Lagi tiga lagu yang snagt aku gemari ialah Sungai Lui oleh Aizat, Beribu Sesalan oleh 3 Suara (Ning, Shila Amzah dan Jac) dan Awan Nano oleh Hafiz. Tahniah buat Awan Nano yang merangkul Juara AJL26 serta Beribu Sesalan sebagai tempat kedua. Buat Aizat dengan Sungai lui nya, terus terang, persembahan serta lagu Aizat sangat best!!!!

Bercakap pasal Alyah, sebenarnya aku suka sangat-sangat dengan suara Alyah ni.. So powerful dan lunak. Semua lagu dia aku minat. Dan malam tu dia memang tak menghampakan kerana muncul macam princess in fairytale story.. so cute and adorable. apa pun, aku doakan Alyah akan berjaya menggenggam anugerah hebat satu hari nanti.

  Alyah di samping Remy Ishak......... so touched!
alaaa, cantiknye princess ni......

Dan....... yang paling happy, walaupun Yuna mempertaruhkan 2 buah lagu, satu pun lagunya tidak memenangi apa-apa anugerah. aku happy bukan sebab apa, sebab pada aku, Yuna bukan menyanyi sebaliknya hanya 'bercakap'. Mungkin ramai peminat Yuna di luar sana yang tak sokong statement ni, tapi pada aku, masing-masing punya pendapat sendiri. Walaupun begitu, aku tabik pada music arrangement nye yang sungguh segar dan best. Credit to the musicians.....

Ok, enough for the AJL26. Semoga AJL yang seterusnya lebih menghiburkan ye.... Daaaaaaaaaa~