Tuesday, 27 September 2011

Bersemangat!!!!

yeah!! yeah!! semangat!!!

Jam dah menunjukkan angka 11.00 malam...  Malam ni kelas habis agak awal dari biasa, so dalam pukul 10.15 aku dah sampai rumah. Sempat menjamah apa-apa lauk bawah tudung saji, siap settlekan dishes yang penuh dalam sinki, cuci baju-baju kerja 2-3 pasang, then aku ingat nak siapkan satu assignment MALAM NI!! assigment DR LAILI... wish me luck ok~

Sebelum aku start assignment tu, aku lepak-lepak jap kat blog ni. Teringat kata-kata Sir Irwan tadi. Kalau kita nakkan sesuatu, kita kena work hard for it. Jangan lupa selidik sedalam-dalamnya tentang sesuatu perkara yang menjadi fokus utama... terpahat pula kat kepala aku time tersengguk-sengguk tadi. Hmmm..... Jangan sampai termiss information penting yang bakal mengubah sesuatu decision yang bakal kita buat...well~




hmm... berkali-kali dalam sehari aku sentiasa mengingatkan diri aku tentang tujuan  utama aku sambung belajar. Ia bukan satu keputusan yang mudah yang aku buat. Pada masa yang sama aku nekad. Antara sebab-sebab utama atau faktor yang paling kuat mendorong aku ialah kerana nak meningkatkan pengetahuan serta mengukuhkan ekonomi diri. Sebab kedua, aku nak buktikan pada Puan W.R di tempat kerja aku tu yang aku boleh berjaya walaupun dia cuba 'menutup' periuk nasi aku. Aku percaya pintu rezeki Allah buka seluas-luasnya pada mereka yang benar-benar serta bersungguh-sungguh berusaha dan berdoa kepada NYA. Biarlah, aku berusaha, forcing myself up to the limit.Well, I really think that I can do it! Dan tak nafikan juga, aku sambung belajar kerana nak 'lari' dari environment kebiasaanku. Go to the new places, do all new things, also meet new peoples... hope that can improve myself in term of knowledge, self-confidents and also build new relationships. Ohh, terlupa... jumpa orang-orang baru untuk meningkatkan peluang aku bertemu jodoh pilihan Allah serta membantu aku melupakan kisah-kisah tak best sebelum ni. Hmm.... moga-moga Allah permudahkan.

Ya, aku mengenali beberapa orang lelaki yang rata-rata baik sangat pada aku. To be honest, ada seseorang yang mengikat pandangan aku di kelas. Tapi aku tak rasa dia masih single. First word dari dia pun aku dah tersenyum~ tak sangka di ingat semua tentang aku masa sesi pengenalan tadi... Hmmm...I think he's married..maybe has his own family... tak apa lah, salam perkenalan yang ikhlas tu aku terima sebaiknya sebagai seorang rakan seperjuangan di medan ilmu... Panggilan 'Cik Puan' olehnya mampu buat aku tersenyum sorang-sorang sepanjang drive all the way back home.. Anyway, "Encik Bos", selamat berkenalan. Hope kita semua boleh berjaya dengan gemilang dan cemerlang dalam hidup masing-masing yer...

Daaaaaaaaaaa~ (assignment time!~)

p/s: Jodoh pertemuan ditentukan Allah... kuserahkan segalanya padaNYA~ (janganlah KAU uji aku dengan ikatan perkahwinan orang lain, sesungguhnya aku tidak kuat dengan ujian itu, Ya Allah~ jauhkanlah~)

No comments:

Post a Comment