Monday, 5 December 2011

Didik Wanita Terdidik Generasi~

Muslimah~

Seorang wanita yang penuh dengan sifat-sifat mahmudah~

InsyaAllah~

Wanita itu Allah jadikan makhluk yang sangat lembut dan tulus hatinya~
Dijadikan Allah dari rusuk lelaki~
Sebagai peneman sehidup semati~
Menemani perjalanan yang penuh onak dan duri~
Menempuhi alam yang penuh warna warni~

Wahai muslimah,
ketahuilah...
sesungguhnya kejadian mu adalah mulia di muka bumi ini~
maka peliharalah kemuliaan itu sebaiknya~
Semoga Allah sentiasa memberkati~
InsyaAllah~

Kerana Rasa INGIN itu~

Alhamdulillah....Syukur...

Kupanjatkan segala kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Allah swt kerana di hari yang indah ini, aku masih bernafas segar di bumi mu Ya Rabbi.... syukur Ya Allah~

betapa tenang hati saat merasakan bahawa diri ini mendapat rahmatNYA...beserta seluruh alam yang sentiasa mensyukuri segala nikmat yang diberikan ini. Di kala aku sering berkeluh kesah, tentang itu dan ini, sesungguhnya aku alpa seketika bahawa ramai dan banyak lagi makhlukNYA yang menghadapi dugaan yang maha hebat dariNYA. betapa lemahnya iman aku tatkala masih mempersoalkan tentang keadaan diri yang tidak cukup itu dan ini. itu dan ini yang aku selalu kesahkan ialah MASA. mengapa aku seakan-akan tidak pernah merasa cukup dengan MASA yang Allah kurniakan padahal  setiap makhluk dikurniakan jumlah MASA yang sama. itulah kelemahan imanku yang paling ketara. Sesungguhnya aku akan cuba memperbaiki diri dari hari ke hari agar lebih mensyukuri segala yang Allah kurniakan buat diriku ini.

Harini, rutin harianku tidak sesibuk mana, padahal ada tugasan kuliah yang sepaptutnya disiapkan. Tapi di ofis tadi aku seakan malas untuk menyudahkannya. Mungkin kerana semalam aku tidur hampir jam 2 pagi untuk membuat tugasan yang masih berbaki itu. Otak seakan tidak membernarkan untuk terus-terusan dengan tugasan yang memeningkan itu.

Hampir separuh hari bekerja ku hari ini aku habiskan dengan membaca jurnal dan juga berkenalan serta memperkenalkan pelajar praktikal Kak Dati kepada semua staf bahagian serta menunjukkan sekitar kawasan makmal. Entah kenapa, aku senang berbual dengan pelajar itu. Mustaqim. Nama yang tercatit di kad pelajarnya. Pelajar tahun akhir di MSU Shah Alam. Berumur 24 tahun, anak ketiga dari tujuh beradik yang berasal dari Kuantan, Pahang.  Pada aku, dia seorang pendengar yang baik sementelah hari ini mulut aku lancang bercerita tentang pelbagai perkara kepadanya sedangkan dia hanya kusyuk mendengar sesekali ketawa kerkekeh2. Hmm, dia mengingatkan aku kepada seseorang yang entah di mana.  seseorang yang gemar mendengar apabila aku petah bercerita. Walaupun cerita yang entah apa. Dia yang aku anggap adik itu sungguh terkenan di hati. rupa  paras yang kukira tidak keterlaluan sekiranya aku katakan KACAK. kalaulah aku ada adik perempuan yang lebih muda darinya, pasti akan ku kenen kanuntuk dijadikan adik ipar... hehe.



Berbalik kepada tajuk entri kali ini. Rasa INGIN itu~ keinginan aku untuk mengenali seseorang yg ku tak tahu siapa namanya. yang kutahu, dia seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Seorang yang agak pemalu untuk berinteraksi dengan kaum sejenisku. aku semakin kerap memikirkan tentang SI DIA. Entah kenapa. Entah apa yang bermain di fikiran aku, aku pon tak tahu. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Sekiranya ini yang Kau mahukan, maka bantulah. Sesungguhnya hanya kepada MU ku mohon bantuan. hilangkanlah rasa INGIN ini. Munculkanlah SIDIA yang entah siapa dan entah di mana. Sesunguuhnya , hanya KAU yang mengetahui segala rasa keresahan di dada ini.

kumohon padaMU Ya Allah. Kau yang MAHA segala-galanya... aminnn YA Rabbal alamin~



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Wednesday, 23 November 2011

Bola oh Bola..

Dalam kesibukan aku dengan kerja seharian di pejabat dan kuliah yang perlu dihadiri serta meyiapkan tugasan kuliah yang menimbun-nimbun, sempat jugak aku menjeling-jeling menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia serta Malaysia dan Syria baru-baru ni. Terus terang, aku berbangga dengan semangat Harimau Muda yang begitu tinggi. Kapten untuk team Harimau Muda dalam perlawanan Malaysia-Syria semelama adalah player kegemaranku. cuba teka, siapa??? Jeng...jeng....jeng...... Siapa lagi, kalau bukan.....Apek @ Khairul Fahmi lerr..........walau apapon, pemain yg lain tak dilupakan... tetap dalam hati...

Sebenarnya, sebelum ni aku bukanlah peminat fanatik bola sepak. Dalam setahun dua ni je, kalau ada game yang menarik, aku tak lepaskan peluang untuk merasai keseronokkan menontonnya. Sekurang-kurangnya, hilang sikit tekanan yang melanda perasaan. Terus terang, aku kagum dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia yang benar-benar ditonjolkan sepanjang kedua-dua  perlawanan ini.  Alhamdulilah, dengan kejayaan Malaysa dalam menumpaskan Indonesia dalam SEA Games XXVI 2011 sekaligus bergelar JUARA. hauyeaahhhhh!!!

seronok bukan?? berkongsi perasaan itu bersama-sama yang lain. Bayangkan, hari berikutnya, semua iorang bercerita tentang berita kemenangan itu. Tak kira siapa. Dalam konteks aku, para pegawai di pejabat, pekerja makmal, pensyarah serta kawan-kawan sekuliah. Semua berkongsi rasa. Alangkah nikmatnya perasaan itu.

Untuk perlawanan kedua, Harimau Muda menentang Syria malam atdi, aku tak nafikan, terbit sedikit rasa terkilan di hati, dengan kekalahan 2-0. Walau apapon, perlu diketahui, keadaan para pemain kita yang keletihan setelah baru pulang dari Jakarta. Sesungguhnya mereka perlukan rehat yang cukup sebelum beraksi lagi. Tak apalah. Kita masih ada peluang di masa hadapan. Buat HARIMAU MUDA, just keep up work!! we are always supporting youuuuuuuuu!!

~~



cayalah HARIMAU MUDA!!!!!

Thursday, 17 November 2011

Perhimpunan di Dataran Mahsyar~

 Salam Jumaat yang penuh kemuliaan~


Marilah kita renungkan sejenak tentang alam luas ciptaan Allah ini yang pada suatu saat nanti pasti akan menempuh kemusnahannya.Sesungguhnya, banyak iktibar yang boleh kita ambil dengan melihat setiap benda yang ada dihadapan mata kita sendiri.

Lihatlah tumbuhan,yang menghijau akhirnya akan menjadi kuning layu dan rebah kebumi.Bunga yang kembang mekar akan gugur dari kelopaknya.Besi akan berkarat dan menjadi rapuh meskipun kepejalannya tidak diragui.Makanan dan lauk pauk yang segar dan lazat akhirnya menjadi basi.Anak-anak muda akan pudar kejelitaan dan ketampanan apabila dimamah oleh usia tua dan akhirnya ajal pun akan tiba pula.

Semua ini adalah unsur-unsur qiamat kecil yang sentiasa berlaku disekeliling kita setiap detik dan masa.Jika kita perhatikan situasi seperti diatas tadi,ini adalah hakikat yang semua manusia tidak dapat lari daripadanya.Ini merupakan suatu perkhabaran awal bahawa kemusnahan sebenarnya akan berlaku kepada seluruh ciptaan Allah dimana alam buana dan seluruh cakrawala yang dipenuhi oleh berbilion keluarga, planet ini akan menemui ajalnya pada suatu detik yang dinamakan qiamat.Tiada suatu pun terkecuali selain yang kekal hanyalah Allah yang maha pencipta yang menetapkan tarikh akhir segala ciptaan.

Ikuti firman Allah didalam Surah Ar-Rahman Ayat 26-27 yang berbunyi: Setiap yang ada dimuka bumi ini akan binasa dan yang tetap adalah zat tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Perhatikan bumi yang kelihatan yang begitu gagah dengan batu pejal serta gunung ganang yang terhujum kukuh kedasarnya,namun ia bukan suatu jaminan untuk kekal.Akhirnya pasti tunduk dengan kehadiran saat yang maha dahsyat iaitu qiamaat.Qiamat juga beerti musnahnya seluruh sistem alam menurut ketentuaan Allah.

Lihatlah langit yang terlalu jauh dari jankauan dan tatapan manusia yang tidak diketahui apakah jenis logam yang pepejal dan kekuatan yang begitu kukuh malah tidak pernah terbayang oleh akal manusia bagaimana bentuk dan kehebatannya,namun qiamat akan mengakhiri kekebalan dan kepejalanya.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal Ayat 1-5 bermaksud:
Apabila langit terbelah (berkecai)dan apabila bintang-bintang jatuh berserakkan.Apabila laut meletup(dengan ombak yang maha ganas)dan apabila kubur-kubur terbongkar(setelah semuanya itu berlaku)tahulah setiap diri akan apa yang telah dikerjakan(didunia)dan apa yang telah ditinggalkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-Halzalah Ayat 1-5 bermaksud:
Apabila bumi digoncang dengan dahsyat dan bumi akan mengeluarkan beban berat yang dikandungnya dan manusia bertanya?(mengapa bumi jadi begini).Pada hari itu bumi menceritakan bahawa sesungguhnya tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian)itu padanya.


Qiamat atau hari kebangkitan semula selepas mati,tidak dapat dibayangkan dengan apa pun jua kerana manusia tidak pernah ada pengalaman sebelumnya.Walaupun bumi ini pernah hancur dan diterbalikkan seperti yang berlaku kepada bumi yang didiami kaum Nabi Luth.Demikian juga penduduk kota Hiroshima dan Nagasaki itu oleh ledakkan bom atom ketika perang dunia kedua dahulu,namun kesemuanya itu bukanlah bandingan kepada qiamat.

Dalam Kitab Ihya Ulumuddin,Imam Ghazali, menjelaskan tentang manusia yang telah dibangkitkan dari kubur masing-masing selepas tiupnya sangkakala yang kedua,bahawa kebangkitan manusia yang telah mati sejak zaman Nabi Adam hingga manusia terakhir selepas alam buana di qiamatkan dengan pertemuan semula sekalian roh dan jasad yang baru.

Manusia pada ketika itu berada di satu dataran yang maha luas tetapi dipenuhi manusia yang dikenali sebagai dataran mahsyar.Dimana seluruh manusia seperti kanak-kanak yang baru dilahirkan tanpa seurat benang pun yang meliputi tubuh masing-masing.

Langit yang runtuh dan hijau berderai itu menjadi cair seperti muntahnya gunung berapi yang mengalir ke setiap pelusuk dataran mahsyar.Maka terlalu sulit kita gambarkan manusia ketika itu.

Dalam keadaan yang serba gawat dan haru-biru itu,manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana masing-masing memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri sendiri.

Allah berfirman dalam Surah Abasa Ayat 38 yang bermaksud :Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan.

Penantian demi penantian dalam keadaan dan suasana hiruk-pikuk,berada dalam keadaan gelap pekat,penderitaan yang tiada tolak bandingnya,Allah yang maha kuasa atas segalanya telah menerbitkan semula cahaya matahari dengan kepanasan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata seperti di hari ini.

Tiada pepohon untuk diteduh,sedangkan matahari hampir mencecah ubun-ubun kecuali yang ada hanya bayangan arasy.Itu pun tidak semua orang dapat bernaung dibawah naungan arasy.
Mereka yang dapat bernaung di naugan arasy itu adalah golongan muqarrobun yang diantara sifat-sifat golongan ini ialah mereka yang sentiasa mendampingkan diri dengan Allah semasa hidup didunia.Mereka sentiasa patuh serta taat kepada perintah Allah dengan melakukan apa yang diperintahkan melalui para rasul mereka.Mereka menjauhkan setiap perkara yang dilarang oleh Allah dari perkara-perkara maksiat dan mungkar samada dalam soal akidah dan syariat serta seluruh persoalan samada hidup didunia.

Sesungguhnya berada didataran mahsyar ini,manusia sangat bergantung kepada amalannya yang dilakukan didunia.Jika banyak amalan baik,maka berbahagialah mereka dan jika sebaliknya maka celakalah balasanya.

Mahsyar dengan rintangan yang panjang yang tidak dapat digambarkan,manusia cukup terseksa menunggu detik pembalasan,yang gembira adalah manusia yang taat manakala derita adalah manusia yang ingkar semasa hidup didunia.Di mahsyar adalah tempat pembalasan,tidak ada lagi rayuan hukuman dan tiada siapa lagi yang dapat pengecualian.

Akhir dari perbicaraan yang amat adil dan teperinci mengikut rekod masing-masing,disini tahulah manusia kemana mereka akan pergi.Manusia tidak mempuyai pilihan lagi hanya dua jalan manusia akan tempuhi Kesyurga dan ke neraka.

Renungkan Surah Al-Infitar ayat 13-15 bermaksud:

Sesugguhnya orang-orang bertaqwa(dengan taat membuat amal kebajikan)tetap berada dalam syurga dengan penuh nikmat.Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah ditempatkan didalam neraka yang menjulang apinya.Mereka menderita oleh bakaran api neraka pada hari pembalasan.

Marilah kita renung dan hayati lagi ayat suci al-quran dibawah ini mudah-mudahan kita diberi keinsafan oleh Allah didalam menjalani hidup yang tidak begitu lama didunia ini.


Firman Allah dalam Surah Al-Inshiqaq ayat 6-13 bermaksud:

Wahai manusia!sesungguhnya engkau sentiasa berpenat lelah menjalani kehidupanmu dengan segala upaya sehinggalah engkau kembali kepada tuhanmu.Kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan(tercatit semuanya)

Kemudian sesiapa yang diberi suratan amalannya melalui tangan kanannya,maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan.Dan ia akan pergi keluarnya(yang beriman)dengan sukacita dan sesiapa yang diberi suratan amalan melalui tangan kiri dari sebelah belakang,maka ia akan meraung-raung menyebut kebinasaan dan ia akan menderita oleh bakaran api neraka yang marak menjulang.Sebenarnya ia selama didunia dahulu bersuka ria dikalangan keluarga(yang juga ingkar).

Oleh yang demikian,marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatkan amal kebajikan disamping memperteguhkan keimanan kepada Allah semoga usaha yang berterusan,kita termasuk didalam golongan Mudtaqim. Biarlah hidup kita berpenat lelah memperhambakan diri kepada Allah ini.Yakinlah bahawa tangisan penyesalan diakhirat nanti memang tidak berguna lagi.

Empat amalan elak hati jadi 'batu'


SESEORANG yang keras hatinya akibat terlalu kotor menghitam pasti tidak lagi merasakan kemanisan dan keseronokan beribadat.
Lebih membimbangkan ialah apabila hati ke tahap tidak ‘bernyawa’ lagi (mati), pasti tiada lagi perasaan insani dalam diri mereka.
Akibatnya, mereka tidak dapat lagi membezakan antara kebaikan dan keburukan. Hatinya terpadam sifat manusia yang bertamadun, mempunyai peraturan hidup, belas ihsan dan perasaan takutkan kemurkaan Allah s.w.t.

Melakukan kemungkaran dan kejahatan tidak sedikit pun memberi perasaan bersalah dalam diri. Maka sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja bentuk jenayah atau kekejaman di dunia ini.

Hati ialah organ paling utama dalam tubuh manusia. Ia kelak akan menjadi penilaian terpenting Allah terhadap hamba-Nya. Bayangkan, setiap kemungkaran dan kejahatan menerbitkan satu titik hitam pada hati manusia jika dilakukan tanpa bertaubat.


Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin ayat 14)

Oleh itu, manusia perlu sentiasa menjaga hati mereka sama seperti anggota badan yang lain supaya sentiasa sihat dan mendorong mereka melakukan kebaikan.

Hati kotor dan keras perlu dibersihkan kerana kegagalan memulihkannya berfungsi dengan baik kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari akhirat kelak.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah az-Zumar ayat 22)

Sucikanlah ia dengan banyak mengingati Allah iaitu berdoa meminta keampunan daripada-Nya setiap hari serta menghitung kesilapan diri. Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

Jika seorang berasa senang, berbangga melakukan maksiat selain tiada langsung penyesalan selepas melakukan dosa, itu adalah tanda hati mereka bermasalah. Renungilah kehidupan di dunia ini pasti ada penamatnya. Sudahkah kita bersiap sedia menghadapi fasa seterusnya?

Pendakwah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata empat perkara utama yang perlu dijaga untuk memastikan hati sentiasa sihat ialah menjaga amal ibadat, sibuk mencari ilmu, berkawan dengan orang yang boleh memberi bimbingan serta banyak berdoa kepada Allah.

“Jika solat lima waktu tidak dijaga ia menyebabkan hati jauh daripada mengingati Allah. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak supaya tidak sesekali meninggalkan solat.

“Begitu juga dengan tuntutan mencari ilmu, ia penting kerana amalan yang dilakukan dengan ilmu itu mempunyai kualiti dalam memastikan hati terdorong melakukan kebaikan.

“Bermohonlah kepada Allah untuk apa saja permintaan dan hajat kita kerana ia senjata orang mukmin selain memohon taubat supaya dosa silam diampunkan Allah,” katanya.

Menurutnya, hati adalah raja yang mengawal tubuh badan sama ada untuk melakukan kebaikan atau kemungkaran.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Setiap Muslim perlu bermujahadah melawan nafsu kerana syaitan tidak akan berhenti menggoda dan memesongkan hati manusia daripada segenap sudut sehingga ke hari kiamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Diskusi Addin sempena Karnival Gegaria Harian Metro di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Turut hadir, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood yang membincangkan topik ‘Hati Mati, Keluarga Sengsara’, Ia dipengerusikan Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Ustaz Zamanuddin Jusoh.

Siti Nor Bahyah berkata, baik atau sebaliknya seseorang itu bergantung kepada hatinya.

“Lihat hikmah yang terdapat daripada kisah Luqman al-Hakim apabila tuannya memerintahkan supaya menyembelih seekor kambing dan membawa bahagian terbaik dan bahagian yang terburuk.

“Kemudian Luqman membawa kepada tuannya seketul hati. Berkata tuannya: “Wahai Luqman sembelih seekor kambing dan bawa seketul daging paling tidak baik.” Lalu Luqman juga membawa seketul hati.

“Ia membawa maksud baik atau tidak seseorang itu bergantung kepada hatinya. Maka bersihkan hati dengan membuang empat ‘racun’ dalam diri iaitu berlebihan dalam berbicara, berlebihan melihat sesuatu, berlebihan dalam makan dan berlebihan dalam pergaulan.

Menurutnya berlebihan dalam berkata-kata menyebabkan seseorang itu banyak melakukan dosa.

“Dalam sebuah kisah ketika Huzaifah bertemu nabi dan meminta diberi petua kepadanya apa yang patut dia cakap supaya isterinya senang mendengar. Nabi menjawab: “Beristighfar dahulu sebelum bercakap.”

“Jika makanan terisi dengan banyaknya menyebabkan ia akan menjadi racun yang mengotorkan hati. Luqman al-Hakim berkata kepada puteranya: “Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barang siapa banyak melakukan kedua-duanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh.”

“Luqman memberi petua, perut sepatutnya diisi dengan satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan,” katanya.

Siti Nor Bahyah mengingatkan kepada suami supaya memastikan mereka membawa rezeki halal lagi bersih kepada keluarganya.

“Kisah seorang lelaki yang bertanyakan kepada Rasulullah kenapa Allah tidak makbulkan doanya kerana dia tidak mendapat isteri dan anak yang soleh.

Rasulullah berkata: “Perbaiki makanan dulu (halal dan baik) nescaya doa akan dikabulkan.”

“Justeru, setiap pagi sebelum suami melangkah keluar mencari rezeki salam dan cium tangannya serta berpesan kepada suami supaya mencari rezeki yang halal kerana tidak sanggup dibakar api neraka jika ia daripada sumber haram,” katanya.

Beliau berkata, tiga ramuan atau petua yang dapat membantu menyuburkan hati ialah bermuhasabah diri, menimbulkan perasaan khauf (takut) kepada Allah serta banyakkan beristighfar.

“Sebagai suami, contohnya mereka perlu bertanya diri mereka adakah sudah menjaga amanah (isteri dan anak) dengan sempurna? Binalah keluarga sehingga ke syurga apabila menjadikan solat berjemaah bersama-sama sebagai amalan.

“Melakukan solat berjemaah dapat menambah keberkatan serta merapatkan hubungan kekeluargaan. Maka akan lahirlah ‘keluarga syurga’ yang diidam-idamkan.

“Melalui istighfar juga mampu membersihkan diri manusia daripada dosa. Nabi yang dijamin syurga sekalipun tetap meminta keampunan kepada Allah setiap hari,” katanya.

Sumber:



Renung-renungkan.. dan selamat beramal~

Wednesday, 9 November 2011

Rapuh~

Rapuh

Album : Ya Rahman
Munsyid : Opick


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu

semua berakhir padaMu
 
 
.............. 

Al Quran~ Jadikanlah ia pedoman~




Wahai teman.....

Jadikanlah Al Qur'an itu sebagai 'sahabat' kita : yang ditelaah di kala MALAM pada saat yang lain sedang nyenyak tidur, di kala SIANG pada saat yang lain makan dan minum, di kala KESEDIHAN pada saat yang lain sedang bersenang-lenang... di kala MENANGIS ketika yang lain sedang tertawa, di kala DIAM ketika  mereka yang lain sedang leka BERBICARA, di kala KHUSYU' dan  ketika yang lain sedang lengah melengahkan....
 

(Imam Ibnul Jauzi, Shafwatus Shafwah)

Monday, 7 November 2011

Kisah dia~ dan bahteranya~

Alhamdulillah...
Semalam berlansungnya Hari Raya Aiduladha untuk tahun ini... Selama 2 hari kami sekeluarga menyambutnya.Hari Raya KORBAN... makan banyak pengorbanan yang perlu difikirkan dan direnungkan~

ohh. ya...Malam raya tu sempat barbeque dengan Ruslan and Co. dan Radzi and Co. Tak terkecuali meeting tergempar untuk merancang lawatan hujung tahun kami.. acewahhhh, cam best je kan~

The next day, pagi2 buta lagi Amir dah sampai rumah. Hmmm... Amir.. sepupu lelaki yang sebaya aku. Anak kepada Paklong, iaitu abang sulung kepada mak. Family dia tinggal di Kota Bharu. Amir ni baru balik belajar di Jepun dan baru beberapa bulan bekerja di Panasonic, Shah Alam. Tak lama lagi dia akan mengakhiri zaman bujang dengan gadis pilihan maklong yang bertugas sebagai seorang doktor di KB.

Dalam 2 hari dia di rumah, macam2 topik dan cerita yang kami bincangkan.... hmm... topik paaaaaaaaling hangat kali ni ialah perihal perkahwinan... dia yang tinggal beberapa hari je lagi sebelum bergelar suami kepada seorang wanita yang akan dikenalinya hanya selepas ijab dan kabul dilafazkan. Jarang-jarang kita dengar kes begini dia zaman yang serba canggih begini, tapi itulah hakikat kebenarannya. aku yang pada mulanya ragu-ragu dengan keputusannya begitu, akhirnya akur, bahawa jodoh yang telah Allah tetapkan itu, kita yang mencorakkan kemana hala tujunya. Dan aku amat pasti, bahawa Amir telah bersedia untuk mengemudi kapal bahtera yang bakal dikemudinya tak lama lagi.

Buat Amir, sebagai seorang sepupu yang agak rapat dengan awak, saya doakan yang terbaik buat kalian berdua. Amir dan Nurul Hidayah~ InsyaAllah, Allah akan membantu kalian untuk melayari bahtera rumahtangga bersama. Doa saya akan sentiasa mengiringi kalian. Lahirkanlah anak-anak comel yang cerdas mindanya... heee... Amir target 6-7 orang anak..wahhhh!!! aminnn~ doakanlah untuk mereka. dan, terima kasih kerana menjadi sepupu yang baik buat saya. walaupun kita sering bertegang urat, bertelagah dalam menegakkan hujah masing-masing dalam pelbagai topik tentang kehidupan ini, namun at the end, kita masih mampu untuk tersenyum. Alangkah hebatnya itu.... kerana masing-masing tidak memendam atau simpan dalam hati. terima kasih sepupu ku... Kudoakan hari bahagia yang bakal menjelma membawa sejuta keberkatan buat kita sekeluarga... amiinn~



Untuk aku, kupanjatkan doa kepada Allah swt agar memudahkan pertemuan jodohku dengan 'si dia' yang masih kabur dari pandangan mata. Di penghujung solat, ku berdoa agar penantian hati ini berakhir dengan keindahan yang Allah kurniakan buat hambaNYA yang bersabar.. di sepanjang penantian ini, aku sentiasa bermuhasabah diri, demi memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari... insyaAllah...

Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, bersederhana dalam segala segi, dilimpahi kasih sayang,  dihiasi dengan akhlak yang baik dan sempurna... tak ku impikan kesempurnaan pada bakal pasanganku. cukuplah jika kami dapat saling melengkapi antara kami. Kelemahanku  dapat diperbaiki dengan kelebihan imannya, begitulah sebaliknya dalam menuju keredhaan Allah yang hakiki. Semuga Allah kurniakan yang terbaik buat kami.. Amin Ya Rabbbal alamin~



"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"

(Bukhari & Muslim) 

Manakala Imam Al-Qurtubi menyatakan didalam kitab Dalilul Falihin : "Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk"


"Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok buat selama-lamanya. Justeru itu berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)


Allah Maha Mendengar~ Allah Maha segalanya~

Tuesday, 4 October 2011

Wahh...lamanya~

Udah lama aku tak menulis di sini. Hakikatnya, aku teramatlah sibuk sekarang ni. Ya Allah, syukur, entah dari mana datang kekuatan, aku pon tak tahu... Ye lah, aku percaya semua kurniaan DIA. Bayangkan kalau aku tak study pon sebelum ni, balik je kerja dah letih, lesu...lembik. Tapi kali ni, even balik kerja je sharp 5.00 pm aku punch e-jari, terus shoot ke kelas, pon still boleh bergelak ketawa lagi dengan budak-budak kelas. Balik kelas around 10-11.00 pm, sempat ushar-ushar assignment. Waaa, macam tak percaya kan? it's unbelievable right?? Heeee... actually aku pon sukar mempercayainya.

Ok, berbalik cerita kat sini aku nak story pasal kerja... Lately aku memang dah tak involve langsung dengan labworks. Kalau sebelum ni ada jugak masa-masanya aku gi lab untuk ushar-ushar mikrob-mikrob aku sihat ke tidah, sekarang tak lagi. Most of the time aku ada je kat office, depan pc. Pinggang pon dah naik sakit-sakit sebab lama sangat duduk kan.

Disebabkan masa pon tinggal senafas je lagi sebelum mengakhiri tahun 2011, jadi aku perlu memenuhi sasaran SKT aku untuk tahun ni. hmm... apa lagi kalau bukan pangkalan data Actinobacteria aku. FRIM Actinobacteria Culture Collection..FACC.. Sepatutnya aku ada discussion dengan En. Zahari (ICT FRIM) berkenaan hal ni, pukul 9.00 pagi. Last minute diia call ada urgent meeting kat Putrajaya pulak dah. Hmmmm... so, we will fix another time for our discussion.

Lately aku kurang rasa sunyi dan sepi. Mungkin sebab kesibukan harian aku yang buat aku tak banyak fikir tentang diri sendiri. Tapi yang merisaukan aku, tabiat makan aku selepas balik dari kelas. Bayangkanlah, makan nasi dalam pukul 10-11 malam??? adoiii~ cemana ni?? Hmm, nak kena ubah tu!!!



Oklah. Time to start kerja. Daaa~

Tuesday, 27 September 2011

Kisah dunia persilatan~

Holla!!!
Kisah dunia persilatan~
hmm..... 
Sudah beberapa tahun berlalu~
Sedikit gambar kenangan kami~
Betapa cepatnya masa berlalu~
Meninggalkan memori indah yang bukan sedikit~
 sekitar tahun 2004, kalau tak silap..... team silat beriadah dengan bermain boling....



 Bersama Husna, Azana dan Amalina~ Menerima trofi kemenangan bagi kategori serangan pasangan tongkat...
 Momen indah selepas selesai membuat persembahan demo silat di UNITEN, Bangi...
 Serikandi UPM.....
Faridza Mastura, Noorul Hidayah dan Amalina... adik-adik yang tersayang ~

Semoga kenangan indah ini abadi selamanya~ Semoga kita berjumpa lagi ye kawan-kawan!!!!


Salam kenangan~
IEN, UPM, 2003-2006

Bersemangat!!!!

yeah!! yeah!! semangat!!!

Jam dah menunjukkan angka 11.00 malam...  Malam ni kelas habis agak awal dari biasa, so dalam pukul 10.15 aku dah sampai rumah. Sempat menjamah apa-apa lauk bawah tudung saji, siap settlekan dishes yang penuh dalam sinki, cuci baju-baju kerja 2-3 pasang, then aku ingat nak siapkan satu assignment MALAM NI!! assigment DR LAILI... wish me luck ok~

Sebelum aku start assignment tu, aku lepak-lepak jap kat blog ni. Teringat kata-kata Sir Irwan tadi. Kalau kita nakkan sesuatu, kita kena work hard for it. Jangan lupa selidik sedalam-dalamnya tentang sesuatu perkara yang menjadi fokus utama... terpahat pula kat kepala aku time tersengguk-sengguk tadi. Hmmm..... Jangan sampai termiss information penting yang bakal mengubah sesuatu decision yang bakal kita buat...well~




hmm... berkali-kali dalam sehari aku sentiasa mengingatkan diri aku tentang tujuan  utama aku sambung belajar. Ia bukan satu keputusan yang mudah yang aku buat. Pada masa yang sama aku nekad. Antara sebab-sebab utama atau faktor yang paling kuat mendorong aku ialah kerana nak meningkatkan pengetahuan serta mengukuhkan ekonomi diri. Sebab kedua, aku nak buktikan pada Puan W.R di tempat kerja aku tu yang aku boleh berjaya walaupun dia cuba 'menutup' periuk nasi aku. Aku percaya pintu rezeki Allah buka seluas-luasnya pada mereka yang benar-benar serta bersungguh-sungguh berusaha dan berdoa kepada NYA. Biarlah, aku berusaha, forcing myself up to the limit.Well, I really think that I can do it! Dan tak nafikan juga, aku sambung belajar kerana nak 'lari' dari environment kebiasaanku. Go to the new places, do all new things, also meet new peoples... hope that can improve myself in term of knowledge, self-confidents and also build new relationships. Ohh, terlupa... jumpa orang-orang baru untuk meningkatkan peluang aku bertemu jodoh pilihan Allah serta membantu aku melupakan kisah-kisah tak best sebelum ni. Hmm.... moga-moga Allah permudahkan.

Ya, aku mengenali beberapa orang lelaki yang rata-rata baik sangat pada aku. To be honest, ada seseorang yang mengikat pandangan aku di kelas. Tapi aku tak rasa dia masih single. First word dari dia pun aku dah tersenyum~ tak sangka di ingat semua tentang aku masa sesi pengenalan tadi... Hmmm...I think he's married..maybe has his own family... tak apa lah, salam perkenalan yang ikhlas tu aku terima sebaiknya sebagai seorang rakan seperjuangan di medan ilmu... Panggilan 'Cik Puan' olehnya mampu buat aku tersenyum sorang-sorang sepanjang drive all the way back home.. Anyway, "Encik Bos", selamat berkenalan. Hope kita semua boleh berjaya dengan gemilang dan cemerlang dalam hidup masing-masing yer...

Daaaaaaaaaaa~ (assignment time!~)

p/s: Jodoh pertemuan ditentukan Allah... kuserahkan segalanya padaNYA~ (janganlah KAU uji aku dengan ikatan perkahwinan orang lain, sesungguhnya aku tidak kuat dengan ujian itu, Ya Allah~ jauhkanlah~)

Monday, 26 September 2011

Wanita dan bunga~

uhuk2.....  saje nak share gambar bunga ni... cantik kan? last sekali aku dapat bunga adalah masa konvo di UPM 2006 dulu... actually bunga ni bukan aku yang punya.. just receive kan bagi pihak kawan office yang takde time tu.. sempena anniversary kawan aku tu, husband dia yang hantar... romantik kan??

Sebut pasal romantik,, pada pandangan aku, antara romantik dengan penyayang, aku prefer lagi penyayang.... nak tahu kenapa?? hmmm nanti sesenang aku eloborate ye. buat masa sekarang agak sibuk.. daaa~

Sunday, 25 September 2011

Hujung minggu yang~

weehuuu~

salam semua...
hujung minggu bakal berlalu... so aku wrap up je la 2 hari punya cerita. Sabtu~ Penutup hari raya, rumah terbuka di rumah teh... semua ahli keluarga sebelah mak berkumpul. Nothing much to say... just what a tired day..  menolong apa-apa yang patut sampai pukul 11.30 malam baru balik...

Ada siapa di sana???? Kami the first family yg arrived bersama Pak Lang and Co. Then tibalah keluarga Che Na, Usu, Ibu Imah and others~ tak ketinggalan ialah my cousin, AMIR ZR..... banyak benda about this guy yang aku nak story... one fine day..ok? 



Seperti biasa, Fahim ada kat umah Wan. Fahim tak sihat, cirit birit plus melecet bahagian punggung.. So pity of him.. Asyik merengek je setiap kali tercirit. Dan as usual, bila ada kat umah Wan, aku lah tempat dia merengek-rengek. Assignment yang melimpah ruah serta menggunung tinggi, tak ada peluang pulak aku nak belek.. Aduyai~ Aku tak salahkan si kecil tu, just mungkin sikit frust sebab target tu nak jugak lah searching for journals ke, atleast boleh wat reference sebelum next week classes bermula.



Anyway, apa yang aku rasa... masa semakin cepat berlalu... 2 hari cuti, was nothing much can do. Monday is coming and as always, classes agak membuat aku rasa tak best kalau tak buat apa-apa  as a homework. Hope aku boleh lah curi sedikit masa kat ofis untuk settlekan few things.

Lastly, aku berjaya menghadirkan diri ke rumah terbuka kak Dati dan keluarga di FRIM. Hadir bersama, kak Asiah dan kak Yati and family. sikit frustrated because can't make it for rumah terbuka HANA~ huhuuuuuu dah try, tapi masa tak mengizinkan...

oklah, need to settle few things for tomorrow class~ till then... daaaa~

Thursday, 22 September 2011

Kenangan Syawal 1432 (2011)

Assalamualaikum...

Salam hormat semua~

Memandangkan Syawal 1432 bakal melabuhkan tirai beberapa hari je lagi, aku rasa teruja pulak nak share beberapa gambar sepanjang kami sekeluarga meraikan Hari Raya Aidilfitri... here we go~

Kita mulakan dengan 1 Syawal~


Ni adalah scene selepas balik dari Solat Sunat Aidilfitri di Masjid At-Taiyibin~ menjamu selera setelah malam sebelumnya berpeluh sakan membakar sate serta membakar mercun.... tapi kemeriahannya memang terasa, walaupun tahun ni kami hanya beraya di KL....

pastu sesi bermaaf-maafan sesama kita~
Si Firdaus ni, salam abah lama-lama ada  makna la tuu~ masyukkkk~ (sebenarnya, banyak dosa tu.. hik..hik..hik)

tahun ni aku memang allocate banyak sikit duit raya untuk bebudak ni.. dapat bonus la katakan. Alhamdulillah... Rezeki perlu dikongsi bersama....Adoi, badan besar dari aku dah,  nak mintak duit raya lagi? adehhhhh~ tak apa la. Atas lesen belajar lagi, dibenarkan~

ha yang ni Si Fakhrul, yang bongsu... boleh la bagi duit raya banyak sikit yer~


Aku suka jugak gambar ni... Gambar mak dengan  2 orang nak perempuan yang boleh tahan "comel"....
ish3~

yang ni pulak, mak dengan anak-anak bujang kesayangan dia~

dan finally, one happy family at home!!! how sweet kan?
itu budak tecik memang nak kene cium!! spoil my gambar aje~

Last but not least, our Mummy and Daddy~ eceehhhhh... mak dah abah yang tersayang...... we love both of u so much!!!!!!!


Ok, for the second day, Hari Raya~


Haaa, ni adalah gambar pagi raya kedua, di mana kami berkonvoi 2 kereta untuk menziarahi pusara arwah Tok We dan Mok Pah kesayangan kami di Shah Alam. Setelah selesai, kami beraya sakan di rumah Pak Lang~

huhh, pelbagai juadah telah disediakan... apa lagi? serangggg!!!

setelah puas menjamu selera, teka apa kirorang buat?? haaaaaaaa, bermain-main dengan rabbit lah!

dan last sekali sebelum pulang lalalala, kami bergambar kenangan bersama~  sungguh cute gambar ni.. i like!~
opssss.... sebelum bebetul balik rumah, kami singgah melawat ATOK Imie, Ajih, Aye, Utik, Lin dan Ajan di PPUM......

sorry.. gambar atok tak pulak sesiapa ambil time ni. Just gambar budak-budak sebok aje kat ruang menunggu ni.. heheee.....

Ok, thats all for now~ kang tak jadi buat kerja lain..daaa~

Wednesday, 21 September 2011

Virus telah menyerang~

Acccchuuu!!!! uhuk ... uhuk..... uhuk....

Maaf, tersebar pula virus. Haa, kalau dah intro macam tu, maksudnya apa? Aku telah diserang oleh virus! dan aku pulak menyebarkan virus kat pejabat...adehhh ~ ya ampun, maaf~ tidak sengaja dong~

Ini semua gara-gara terkena hujan rintik-rintik semalam. Masa nak ke kelas dan juga balik dari kelas. Balik je rumah dalam pukul 10.30 malam, barulah aku terasa penangannya... Aduhhhh! sakit gilerrr kepala ni. Malam tu pulak tak lena tidur. Hasilnya? pagi ni aku pergi kerja denga mata yang sembap macam panda. Muka pulak, toksah cakaplah, monyok, lesu, seposen jer..... Harap-harap cepatlah semua nya berlalu ye.

Ok, mari kita bercerita pasal semalam. Ada sesi bertemu penyelaras kursus dan semua pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat. Barulah kukenali mereka-mereka yang banyak berjasa itu. Dalam hati, berdoa. moga-moga satu hari nanti ku juga dapat berbakti kepada bangsa dan agamaku. Aminn~

Semenjak aku  start belajar 2 minggu ni, aku jarang-jarang dapat meluangkan masa  dengan si chomel AHMAD FAHIM yang kerapkali aku usik dengan panggilan DEDOT..DEDOT.. haha... chomel bukan?? aku panggil gitu sebab dia ni lambat baru boleh berjalan. Bila dah boleh berjalan pulak, terkedek-kedek. Haha...
Ok, Fahim sayang..... nanti hujung-hujung inggu kita berongeng-rongeng bersama ye. I'm sure your UMI will send to to WAN's house. haha, as usual~



Till we meet agin ya.. chao~




Assalamualaikum.....

Tuesday, 20 September 2011

Segar dan bertenaga~

Holla...

Salam pagi semua.... semoga semua hari ini ceria-ceria selalu. Ikut tajuk entri la kan. Kira aku takla lari track. Haha. just nak share, walaupun semalam aku abes kelas, agak lewat malam, sampai umah pon dah lambat, pastu campur lambat pula mata nak terlelap, tapi aku bangun pagi  .. SEGAR dan BERTENAGA~ huh, pelik tu! positive synergy sape lah agaknya yang aku absorb... ecehh~

Hari ni aku teringin nak share pasal positive synergy... ye lah, bukan senang kita nak produce aura positif dari dalam diri kita ataupuun dari orang sekeliling kita. Aku amat pastilah sangat, semua di antara kita pernah mengalami saat di mana kita rasa saaaaangat kurang bersemangat, lesu, sememeh, walaupun bukan buat apa-apa pun on that day. Then tetiba kita rasa penuh semangat waja after berjumpa dengan seseorang yang beraura positif... perrghhhhh.... tapi jangan pulak salah sangka. Maksud yang aku cuba sampaikan bukanlah yang jumpa ala-ala cinta cintun tu... even kawan sama spesis or teman di tempat kerja pon mampu bagi kita aura yang begitu positif. Senang cerita macam ni lah. Semalam aku attend kelas, agaklah penat. Balik ofis terus shoot ke puncak Perdana. Berdesup aku bawa kereta. Kelas start pukul 6.15 petang. Muka seposen je. Then masuk kelas, tergenzut sebab difahamkan kelas malam tu bakal ditamatkan jam 10.30 mlm... OMG!!!!!  aku dah la letih giler hari ni. Tapi yang pelikya, bila lecturer, Sir Irwan Kamarudin tu bukak je mulut, mata aku ni terus terbeliak, ketawa terkekek2 tak hingat bila dia bagi so many interesting examples. Ha, memang dia betul-betul bagi positive energy. Bukan sebab dia hensem ke hape, just sebab aura dia yang memberikan semangat serta mood yang sangat baik.



Untuk kawan-kawan semua, pada aku walau macamana tak de mood pon korang, apa kata absorb the mood, the positive synergy daripada orang yang sentiasa ceria, segar dan bersemangat. Semoga hari-hari yang mendatang, akan kita lalui dengan lebih tenang dan bersemangat. Chaiyoookkkk!!!

Hmm, anyway, memang banyak perkara baru yang aku belajar dari Sir Irwan Kamarudin tu. Thanks la ye. And I'll make sure myself would be a good student of you... Yehaa!


p/s: aku kongsikan gambar penyayi terbaru yang aku minat recently.... tak ensem.. tapi manisssss~
lalalalalaa................................. Bruno Mars~

Monday, 19 September 2011

Sekilas hatiku...

First day...

Lalalalala~~



Secara rasminya blog baru ku ini beroperasi... hmm.. yg lama still remain kat sinun dan aku dah tak update dah... sebab.. hmmm tu blog zaman dolu kala.. kepada kengkawan yang rajin tengok blog lama tu, sorry sesangat, blog tu banyak mengingatkan kisah lama....agak-agak macam takmo berpaling lagi la ni. ecececeeeehhh!

Untuk permulaan ni, not much things to say. Just nak update sikit sebanyak aktiviti terkini...ye lah, semua kawan-kawan yang rajin bertanya khabar tu, tahulah kan, I'm a reseacher kat bumi FRIM yang menghijau ni.. tapi buat mereka-mereka yang kurang tahu tu, meh aku announcekan, bahawa tanggal 14 Ogos 2011 secara rasminya aku bergelar pelajar semula..hauyeahhhh!!! tepuk tangan!!... dan ini juga memberi makna yang aku dah tak ada banyak masa untuk ber huuuu haaa okehhh....

Bercerita pasal student life ni, kelas aku mengambil tempat setiap hari bekerja kecuali hari KHAMIS... so, boleh bayangkanlah betapa busy nye kehidupan aku sekarang kan... assignment.. huuuu toksah cakap.. baru 2 hari masuk kelas, dah berderet dah menunggu~ hmm nasib badan.. tak pelah, masa tengah bersemangat waja dan berkobar-kobar ni, just follow je flow hidup yang Allah dah tentukan ni.

Buat keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan semua, doakanlah untuk aku ye. Doa anda semua amat diperlukan ketika ini. Jasa anda semua sangatlah diri ini hargai.... Thanks...

Huh, banyak lagi kerja yang menanti kat office ni. Ok then.. will catch u later yer.. take care..adiosss~

p/s: sekeping gambar terbaru aku, buat pengubat rindu teman-teman yer...huhuuuu~