Alhamdulillah....Syukur...
Kupanjatkan segala kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Allah swt kerana di hari yang indah ini, aku masih bernafas segar di bumi mu Ya Rabbi.... syukur Ya Allah~
betapa tenang hati saat merasakan bahawa diri ini mendapat rahmatNYA...beserta seluruh alam yang sentiasa mensyukuri segala nikmat yang diberikan ini. Di kala aku sering berkeluh kesah, tentang itu dan ini, sesungguhnya aku alpa seketika bahawa ramai dan banyak lagi makhlukNYA yang menghadapi dugaan yang maha hebat dariNYA. betapa lemahnya iman aku tatkala masih mempersoalkan tentang keadaan diri yang tidak cukup itu dan ini. itu dan ini yang aku selalu kesahkan ialah MASA. mengapa aku seakan-akan tidak pernah merasa cukup dengan MASA yang Allah kurniakan padahal setiap makhluk dikurniakan jumlah MASA yang sama. itulah kelemahan imanku yang paling ketara. Sesungguhnya aku akan cuba memperbaiki diri dari hari ke hari agar lebih mensyukuri segala yang Allah kurniakan buat diriku ini.
Harini, rutin harianku tidak sesibuk mana, padahal ada tugasan kuliah yang sepaptutnya disiapkan. Tapi di ofis tadi aku seakan malas untuk menyudahkannya. Mungkin kerana semalam aku tidur hampir jam 2 pagi untuk membuat tugasan yang masih berbaki itu. Otak seakan tidak membernarkan untuk terus-terusan dengan tugasan yang memeningkan itu.
Hampir separuh hari bekerja ku hari ini aku habiskan dengan membaca jurnal dan juga berkenalan serta memperkenalkan pelajar praktikal Kak Dati kepada semua staf bahagian serta menunjukkan sekitar kawasan makmal. Entah kenapa, aku senang berbual dengan pelajar itu. Mustaqim. Nama yang tercatit di kad pelajarnya. Pelajar tahun akhir di MSU Shah Alam. Berumur 24 tahun, anak ketiga dari tujuh beradik yang berasal dari Kuantan, Pahang. Pada aku, dia seorang pendengar yang baik sementelah hari ini mulut aku lancang bercerita tentang pelbagai perkara kepadanya sedangkan dia hanya kusyuk mendengar sesekali ketawa kerkekeh2. Hmm, dia mengingatkan aku kepada seseorang yang entah di mana. seseorang yang gemar mendengar apabila aku petah bercerita. Walaupun cerita yang entah apa. Dia yang aku anggap adik itu sungguh terkenan di hati. rupa paras yang kukira tidak keterlaluan sekiranya aku katakan KACAK. kalaulah aku ada adik perempuan yang lebih muda darinya, pasti akan ku kenen kanuntuk dijadikan adik ipar... hehe.
Berbalik kepada tajuk entri kali ini. Rasa INGIN itu~ keinginan aku untuk mengenali seseorang yg ku tak tahu siapa namanya. yang kutahu, dia seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Seorang yang agak pemalu untuk berinteraksi dengan kaum sejenisku. aku semakin kerap memikirkan tentang SI DIA. Entah kenapa. Entah apa yang bermain di fikiran aku, aku pon tak tahu. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Sekiranya ini yang Kau mahukan, maka bantulah. Sesungguhnya hanya kepada MU ku mohon bantuan. hilangkanlah rasa INGIN ini. Munculkanlah SIDIA yang entah siapa dan entah di mana. Sesunguuhnya , hanya KAU yang mengetahui segala rasa keresahan di dada ini.
kumohon padaMU Ya Allah. Kau yang MAHA segala-galanya... aminnn YA Rabbal alamin~
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

No comments:
Post a Comment