Udah lama aku tak menulis di sini. Hakikatnya, aku teramatlah sibuk sekarang ni. Ya Allah, syukur, entah dari mana datang kekuatan, aku pon tak tahu... Ye lah, aku percaya semua kurniaan DIA. Bayangkan kalau aku tak study pon sebelum ni, balik je kerja dah letih, lesu...lembik. Tapi kali ni, even balik kerja je sharp 5.00 pm aku punch e-jari, terus shoot ke kelas, pon still boleh bergelak ketawa lagi dengan budak-budak kelas. Balik kelas around 10-11.00 pm, sempat ushar-ushar assignment. Waaa, macam tak percaya kan? it's unbelievable right?? Heeee... actually aku pon sukar mempercayainya.
Ok, berbalik cerita kat sini aku nak story pasal kerja... Lately aku memang dah tak involve langsung dengan labworks. Kalau sebelum ni ada jugak masa-masanya aku gi lab untuk ushar-ushar mikrob-mikrob aku sihat ke tidah, sekarang tak lagi. Most of the time aku ada je kat office, depan pc. Pinggang pon dah naik sakit-sakit sebab lama sangat duduk kan.
Disebabkan masa pon tinggal senafas je lagi sebelum mengakhiri tahun 2011, jadi aku perlu memenuhi sasaran SKT aku untuk tahun ni. hmm... apa lagi kalau bukan pangkalan data Actinobacteria aku. FRIM Actinobacteria Culture Collection..FACC.. Sepatutnya aku ada discussion dengan En. Zahari (ICT FRIM) berkenaan hal ni, pukul 9.00 pagi. Last minute diia call ada urgent meeting kat Putrajaya pulak dah. Hmmmm... so, we will fix another time for our discussion.
Lately aku kurang rasa sunyi dan sepi. Mungkin sebab kesibukan harian aku yang buat aku tak banyak fikir tentang diri sendiri. Tapi yang merisaukan aku, tabiat makan aku selepas balik dari kelas. Bayangkanlah, makan nasi dalam pukul 10-11 malam??? adoiii~ cemana ni?? Hmm, nak kena ubah tu!!!
Oklah. Time to start kerja. Daaa~

No comments:
Post a Comment