Monday, 7 November 2011

Kisah dia~ dan bahteranya~

Alhamdulillah...
Semalam berlansungnya Hari Raya Aiduladha untuk tahun ini... Selama 2 hari kami sekeluarga menyambutnya.Hari Raya KORBAN... makan banyak pengorbanan yang perlu difikirkan dan direnungkan~

ohh. ya...Malam raya tu sempat barbeque dengan Ruslan and Co. dan Radzi and Co. Tak terkecuali meeting tergempar untuk merancang lawatan hujung tahun kami.. acewahhhh, cam best je kan~

The next day, pagi2 buta lagi Amir dah sampai rumah. Hmmm... Amir.. sepupu lelaki yang sebaya aku. Anak kepada Paklong, iaitu abang sulung kepada mak. Family dia tinggal di Kota Bharu. Amir ni baru balik belajar di Jepun dan baru beberapa bulan bekerja di Panasonic, Shah Alam. Tak lama lagi dia akan mengakhiri zaman bujang dengan gadis pilihan maklong yang bertugas sebagai seorang doktor di KB.

Dalam 2 hari dia di rumah, macam2 topik dan cerita yang kami bincangkan.... hmm... topik paaaaaaaaling hangat kali ni ialah perihal perkahwinan... dia yang tinggal beberapa hari je lagi sebelum bergelar suami kepada seorang wanita yang akan dikenalinya hanya selepas ijab dan kabul dilafazkan. Jarang-jarang kita dengar kes begini dia zaman yang serba canggih begini, tapi itulah hakikat kebenarannya. aku yang pada mulanya ragu-ragu dengan keputusannya begitu, akhirnya akur, bahawa jodoh yang telah Allah tetapkan itu, kita yang mencorakkan kemana hala tujunya. Dan aku amat pasti, bahawa Amir telah bersedia untuk mengemudi kapal bahtera yang bakal dikemudinya tak lama lagi.

Buat Amir, sebagai seorang sepupu yang agak rapat dengan awak, saya doakan yang terbaik buat kalian berdua. Amir dan Nurul Hidayah~ InsyaAllah, Allah akan membantu kalian untuk melayari bahtera rumahtangga bersama. Doa saya akan sentiasa mengiringi kalian. Lahirkanlah anak-anak comel yang cerdas mindanya... heee... Amir target 6-7 orang anak..wahhhh!!! aminnn~ doakanlah untuk mereka. dan, terima kasih kerana menjadi sepupu yang baik buat saya. walaupun kita sering bertegang urat, bertelagah dalam menegakkan hujah masing-masing dalam pelbagai topik tentang kehidupan ini, namun at the end, kita masih mampu untuk tersenyum. Alangkah hebatnya itu.... kerana masing-masing tidak memendam atau simpan dalam hati. terima kasih sepupu ku... Kudoakan hari bahagia yang bakal menjelma membawa sejuta keberkatan buat kita sekeluarga... amiinn~



Untuk aku, kupanjatkan doa kepada Allah swt agar memudahkan pertemuan jodohku dengan 'si dia' yang masih kabur dari pandangan mata. Di penghujung solat, ku berdoa agar penantian hati ini berakhir dengan keindahan yang Allah kurniakan buat hambaNYA yang bersabar.. di sepanjang penantian ini, aku sentiasa bermuhasabah diri, demi memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari... insyaAllah...

Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, bersederhana dalam segala segi, dilimpahi kasih sayang,  dihiasi dengan akhlak yang baik dan sempurna... tak ku impikan kesempurnaan pada bakal pasanganku. cukuplah jika kami dapat saling melengkapi antara kami. Kelemahanku  dapat diperbaiki dengan kelebihan imannya, begitulah sebaliknya dalam menuju keredhaan Allah yang hakiki. Semuga Allah kurniakan yang terbaik buat kami.. Amin Ya Rabbbal alamin~



"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"

(Bukhari & Muslim) 

Manakala Imam Al-Qurtubi menyatakan didalam kitab Dalilul Falihin : "Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk"


"Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok buat selama-lamanya. Justeru itu berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)


Allah Maha Mendengar~ Allah Maha segalanya~

No comments:

Post a Comment