Salam Jumaat yang penuh kemuliaan~
Marilah kita renungkan sejenak tentang alam luas ciptaan Allah ini yang pada suatu saat nanti pasti akan menempuh kemusnahannya.Sesungguhnya, banyak iktibar yang boleh kita ambil dengan melihat setiap benda yang ada dihadapan mata kita sendiri.
Lihatlah tumbuhan,yang menghijau akhirnya akan menjadi kuning layu dan rebah kebumi.Bunga yang kembang mekar akan gugur dari kelopaknya.Besi akan berkarat dan menjadi rapuh meskipun kepejalannya tidak diragui.Makanan dan lauk pauk yang segar dan lazat akhirnya menjadi basi.Anak-anak muda akan pudar kejelitaan dan ketampanan apabila dimamah oleh usia tua dan akhirnya ajal pun akan tiba pula.
Semua ini adalah unsur-unsur qiamat kecil yang sentiasa berlaku disekeliling kita setiap detik dan masa.Jika kita perhatikan situasi seperti diatas tadi,ini adalah hakikat yang semua manusia tidak dapat lari daripadanya.Ini merupakan suatu perkhabaran awal bahawa kemusnahan sebenarnya akan berlaku kepada seluruh ciptaan Allah dimana alam buana dan seluruh cakrawala yang dipenuhi oleh berbilion keluarga, planet ini akan menemui ajalnya pada suatu detik yang dinamakan qiamat.Tiada suatu pun terkecuali selain yang kekal hanyalah Allah yang maha pencipta yang menetapkan tarikh akhir segala ciptaan.
Ikuti firman Allah didalam Surah Ar-Rahman Ayat 26-27 yang berbunyi: Setiap yang ada dimuka bumi ini akan binasa dan yang tetap adalah zat tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Perhatikan bumi yang kelihatan yang begitu gagah dengan batu pejal serta gunung ganang yang terhujum kukuh kedasarnya,namun ia bukan suatu jaminan untuk kekal.Akhirnya pasti tunduk dengan kehadiran saat yang maha dahsyat iaitu qiamaat.Qiamat juga beerti musnahnya seluruh sistem alam menurut ketentuaan Allah.
Lihatlah langit yang terlalu jauh dari jankauan dan tatapan manusia yang tidak diketahui apakah jenis logam yang pepejal dan kekuatan yang begitu kukuh malah tidak pernah terbayang oleh akal manusia bagaimana bentuk dan kehebatannya,namun qiamat akan mengakhiri kekebalan dan kepejalanya.
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal Ayat 1-5 bermaksud:
Apabila langit terbelah (berkecai)dan apabila bintang-bintang jatuh berserakkan.Apabila laut meletup(dengan ombak yang maha ganas)dan apabila kubur-kubur terbongkar(setelah semuanya itu berlaku)tahulah setiap diri akan apa yang telah dikerjakan(didunia)dan apa yang telah ditinggalkannya.
Firman Allah dalam Surah Al-Halzalah Ayat 1-5 bermaksud:
Apabila bumi digoncang dengan dahsyat dan bumi akan mengeluarkan beban berat yang dikandungnya dan manusia bertanya?(mengapa bumi jadi begini).Pada hari itu bumi menceritakan bahawa sesungguhnya tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian)itu padanya.
Qiamat atau hari kebangkitan semula selepas mati,tidak dapat dibayangkan dengan apa pun jua kerana manusia tidak pernah ada pengalaman sebelumnya.Walaupun bumi ini pernah hancur dan diterbalikkan seperti yang berlaku kepada bumi yang didiami kaum Nabi Luth.Demikian juga penduduk kota Hiroshima dan Nagasaki itu oleh ledakkan bom atom ketika perang dunia kedua dahulu,namun kesemuanya itu bukanlah bandingan kepada qiamat.
Dalam Kitab Ihya Ulumuddin,Imam Ghazali, menjelaskan tentang manusia yang telah dibangkitkan dari kubur masing-masing selepas tiupnya sangkakala yang kedua,bahawa kebangkitan manusia yang telah mati sejak zaman Nabi Adam hingga manusia terakhir selepas alam buana di qiamatkan dengan pertemuan semula sekalian roh dan jasad yang baru.
Manusia pada ketika itu berada di satu dataran yang maha luas tetapi dipenuhi manusia yang dikenali sebagai dataran mahsyar.Dimana seluruh manusia seperti kanak-kanak yang baru dilahirkan tanpa seurat benang pun yang meliputi tubuh masing-masing.
Langit yang runtuh dan hijau berderai itu menjadi cair seperti muntahnya gunung berapi yang mengalir ke setiap pelusuk dataran mahsyar.Maka terlalu sulit kita gambarkan manusia ketika itu.
Dalam keadaan yang serba gawat dan haru-biru itu,manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana masing-masing memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri sendiri.
Allah berfirman dalam Surah Abasa Ayat 38 yang bermaksud :Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan.
Penantian demi penantian dalam keadaan dan suasana hiruk-pikuk,berada dalam keadaan gelap pekat,penderitaan yang tiada tolak bandingnya,Allah yang maha kuasa atas segalanya telah menerbitkan semula cahaya matahari dengan kepanasan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata seperti di hari ini.
Tiada pepohon untuk diteduh,sedangkan matahari hampir mencecah ubun-ubun kecuali yang ada hanya bayangan arasy.Itu pun tidak semua orang dapat bernaung dibawah naungan arasy.
Mereka yang dapat bernaung di naugan arasy itu adalah golongan muqarrobun yang diantara sifat-sifat golongan ini ialah mereka yang sentiasa mendampingkan diri dengan Allah semasa hidup didunia.Mereka sentiasa patuh serta taat kepada perintah Allah dengan melakukan apa yang diperintahkan melalui para rasul mereka.Mereka menjauhkan setiap perkara yang dilarang oleh Allah dari perkara-perkara maksiat dan mungkar samada dalam soal akidah dan syariat serta seluruh persoalan samada hidup didunia.
Sesungguhnya berada didataran mahsyar ini,manusia sangat bergantung kepada amalannya yang dilakukan didunia.Jika banyak amalan baik,maka berbahagialah mereka dan jika sebaliknya maka celakalah balasanya.
Mahsyar dengan rintangan yang panjang yang tidak dapat digambarkan,manusia cukup terseksa menunggu detik pembalasan,yang gembira adalah manusia yang taat manakala derita adalah manusia yang ingkar semasa hidup didunia.Di mahsyar adalah tempat pembalasan,tidak ada lagi rayuan hukuman dan tiada siapa lagi yang dapat pengecualian.
Akhir dari perbicaraan yang amat adil dan teperinci mengikut rekod masing-masing,disini tahulah manusia kemana mereka akan pergi.Manusia tidak mempuyai pilihan lagi hanya dua jalan manusia akan tempuhi Kesyurga dan ke neraka.
Renungkan Surah Al-Infitar ayat 13-15 bermaksud:
Sesugguhnya orang-orang bertaqwa(dengan taat membuat amal kebajikan)tetap berada dalam syurga dengan penuh nikmat.Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah ditempatkan didalam neraka yang menjulang apinya.Mereka menderita oleh bakaran api neraka pada hari pembalasan.
Marilah kita renung dan hayati lagi ayat suci al-quran dibawah ini mudah-mudahan kita diberi keinsafan oleh Allah didalam menjalani hidup yang tidak begitu lama didunia ini.
Firman Allah dalam Surah Al-Inshiqaq ayat 6-13 bermaksud:
Wahai manusia!sesungguhnya engkau sentiasa berpenat lelah menjalani kehidupanmu dengan segala upaya sehinggalah engkau kembali kepada tuhanmu.Kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan(tercatit semuanya)
Kemudian sesiapa yang diberi suratan amalannya melalui tangan kanannya,maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan.Dan ia akan pergi keluarnya(yang beriman)dengan sukacita dan sesiapa yang diberi suratan amalan melalui tangan kiri dari sebelah belakang,maka ia akan meraung-raung menyebut kebinasaan dan ia akan menderita oleh bakaran api neraka yang marak menjulang.Sebenarnya ia selama didunia dahulu bersuka ria dikalangan keluarga(yang juga ingkar).
Oleh yang demikian,marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatkan amal kebajikan disamping memperteguhkan keimanan kepada Allah semoga usaha yang berterusan,kita termasuk didalam golongan Mudtaqim. Biarlah hidup kita berpenat lelah memperhambakan diri kepada Allah ini.Yakinlah bahawa tangisan penyesalan diakhirat nanti memang tidak berguna lagi.
No comments:
Post a Comment