Salam...
Semalam berakhirlah satu lagi episod AJL26 untuk tahun 2011. Secara peribadi, bagi aku, AJL kali ini mempunyai tempatnya yang tersendiri. Siaran langsung selama hampir tiga jam lansung tidak menimbulkan kebosanan. Mungkin dengan keletah pengacaranya yang boleh dikira 'matang' dalam mengendalikan acara itu. Gandingan Faizal Ismail dengan Cheryl Samad, nama yang begitu sinonim untuk AJL. kelibat Ally pula tidak kelihatan pada kali ini, mungkin ingin memberikan peluang kepada 'pasangan pengantin baru' ityu untuk meluangkan masa bersama.....
Ok berbalik kepada persembahan. Sebanyak 12 lagu yang dipertandingkan dan sejujurnya hanya 5 lagu yang paling aku tunggu-tunggu kemunculan penyanyinya. dan ternyata, persembahan penyanyi untuk 5 buah lagu itu amatlah membanggakan. Bayangkan, gemersik sungguh suara Jaclyn Victor dalam mengalunkan lagu Sedetik Lebih...sungguh mengharukan! malangnya Jac tidak memenangi apa-apa anugerah untuk lagu ini. Tak apa Jac, you have done a great job!! I like it very much!
Lagu seterusnya yang menjadi kegemaran aku ialah Kisah Hati nyanyian Alyah. Huh, memang best sangat persembahan dia yang ala-ala patung dalam music box tu. Tahniah la sebab dapat merangkul anugerah persembahan terbaik malam tu! Terhibur hati aku....
Lagi tiga lagu yang snagt aku gemari ialah Sungai Lui oleh Aizat, Beribu Sesalan oleh 3 Suara (Ning, Shila Amzah dan Jac) dan Awan Nano oleh Hafiz. Tahniah buat Awan Nano yang merangkul Juara AJL26 serta Beribu Sesalan sebagai tempat kedua. Buat Aizat dengan Sungai lui nya, terus terang, persembahan serta lagu Aizat sangat best!!!!
Bercakap pasal Alyah, sebenarnya aku suka sangat-sangat dengan suara Alyah ni.. So powerful dan lunak. Semua lagu dia aku minat. Dan malam tu dia memang tak menghampakan kerana muncul macam princess in fairytale story.. so cute and adorable. apa pun, aku doakan Alyah akan berjaya menggenggam anugerah hebat satu hari nanti.
Alyah di samping Remy Ishak......... so touched!
alaaa, cantiknye princess ni......
Dan....... yang paling happy, walaupun Yuna mempertaruhkan 2 buah lagu, satu pun lagunya tidak memenangi apa-apa anugerah. aku happy bukan sebab apa, sebab pada aku, Yuna bukan menyanyi sebaliknya hanya 'bercakap'. Mungkin ramai peminat Yuna di luar sana yang tak sokong statement ni, tapi pada aku, masing-masing punya pendapat sendiri. Walaupun begitu, aku tabik pada music arrangement nye yang sungguh segar dan best. Credit to the musicians.....
Ok, enough for the AJL26. Semoga AJL yang seterusnya lebih menghiburkan ye.... Daaaaaaaaaa~


No comments:
Post a Comment