Wednesday, 11 January 2012

Tahun 2012!!! Yien pemecah sunyi~

wahhhh!!!

Pejam celik pejam celik hampir 2 minggu kita berada di tahun baru, 2012. Niat asal nak post 1 Jan 2012 terbantut dek kerana sibuk menguruskan segala macam perkara yang difikirkan lebih penting dari update blog...

Well, now I'm here. nak qada' balik sebab lam a jugak tak merepek kat sini. Cerita sedikit tentang penghujung 2012 yang kebanyakan masa digunakan untuk menghabiskan semua tugasan dan final exam untuk smester yang pertama. Kelam kelibut jugak lah dibuatnya. Tak dapat aku nak bayangkan andainya aku ni seorang isteri dan ibu, macamana la nak uruskan semuanya temasuk kerja di pejabat dan jugak urusan belajar.. confirm TUNGGANG LANGGANG dibuatnya~

teringat emel yang dihantar si YIEN AZHARI berkenaan pengalaman lawaknya ketika nak hantar final assignment pada lecturer yang menjadi gerunan kami iaitu PAK RAY. atau nama geli-geli yang kami gelarkan antara kami iaitu RAYRAY~ haha... memang lawak abes.. mari, aku selitkan sikit petikannya...

bermula dengan sms..

Yien a.k.a Jessica Alba  : Pak Ray, saya jumpa pak ray kul 12:30pm can? for the term paper submission..

RayRay : Ok..saya berada disini sampai jam 2 ptg 

35 min selepas itu...

Yien a.k.a Jessica Alba : pak ray, sorry..jam, i'll be there in 20 mins

RayRay : Boleh..saya setia menunggu



...........................................................................................................................

Sampai je bilik die..sebatu dah tersengih..pehtu dah dekat pintu..


RayRay : You..lambat nye..penat i tunggu

Yien a.k.a Jessica Alba : sorry pak ray..jam skit td..aa ni term paper saye..

RayRay : ni la die budak2 part-time pompuan..last minute terkedek2 anta..ada lagi pulak, saya suruh anta draft lagi terus anta final letak dalam kotak..malu la tu nk jumpa i

Yien a.k.a Jessica Alba : errkk.. ( confirm la aku x berani menjawab kan)


RayRay : u olls ni muka lawa2 masing2, tapi pemalas..nanti dah berlaki, kehendak die pun u olls x layan..

Yien a.k.a Jessica Alba : erkkk...( lagi skali aku terkasima..)

RayRay : ubah skit attitude tu ok azreen..baru boleh berjaya..cuba ikut kawan2 lain..macam norisma classmate u tu..very punctual


Yien a.k.a Jessica Alba : InsyaAllah..aa pak ray, kalau saye nk amik kan esemen kawan2 saye leh?

RayRay : haa..kawan2 u xmo jumpa i ke? ...(sambil buat muka sedih) ...xde, diorang nak, diorang jumpa i k (muka tersenyum manja)..hahahahah!!



....................................................................................................................


hahhahaa.....ok.... kawan-kawan...  sambil aku baca, sambil aku bayangkan situasinya, dengan muka si Yien yang selamber, tersengih-sengih macam kerang busuk.. ye memang betul, sampai ke hari ni kami masih berkira-kira untuk ambil semula assignment kami yang telah ditanda... adehhhh!!!dan pasal emel sengal ni jugak, seharian aku ketawa sendiri sampai ada yang menegur kata aku ni semacam je hari tu...


Dan macam biasa, seperti tahun-tahun sudah... azam atau target aku untuk tahun 2012 ni masih belum terlaksana. aku akan cuba dengan lebih baik untuk melaksanakannya. doakan aku ye kawan-kawan... see yaa!!~

No comments:

Post a Comment