Thursday, 9 February 2012

On Air~ 2012~

Pencarian bakat muda dalam bidang pengacaraan telah pun bermula!! diketuai oleh Aznil Haji Nawawi serta Suhaimi Sulaiman bersama seorang lagi juri jemputan, pihak Astro dengan giatnya sedang meneliti calon-calon yang layak melalui sesi ujibakat yang diadakan merangkumi seluruh pelosok negara...

Seingat aku, semalam merupakan episod pertama rancangan tersebut yang mana menampilkan Dang Suria Zainurdin sebagai juri jemputan. Pada mula kemunculan beliau, aku terasa sedikit pelik~ Dang Suria ke itu??~  ishhh lain benar kelihatan bentuk muka terutama bibir dan pipinya~ ishhh3~ apapun, fikir positif...positif~

Leka aku menonton rancangan tersebut, diselang seli dengan babak kerinduan Pak Nil yang menggunung terhadap anak-anak. yelah, tiada hujung minggu untuk dihabiskan bersama permata hati. Mengenai peranan beliau pula sebagai ketua juri, hmm terserlah kematangan beliau dalam mengendalikan keadaan yang cemas apabila berada di barisan juri untuk program itu. Untuk mereka yang menontton, faham aje lah situasinya kan...

Hmm... Dang Suria~  sebagai JURI JEMPUTAN~ arghhh, sungguh aku tak sangka beliau sangat 'out of spoken' apabila diminta memberi teguran mahupun kritikan. tak bertapis langsung!! terus teranng kurang sedikit rasa hormat aku paga pengacara senior sepertinya. memang tak ku sangka~ Cara teguran yang diberi sangat-sangat menjengkelkan.

Apapun, buat semua, kalau nak menegur tu berpada lah. maksud aku, letakkan lah sedikit 'gula' jangan hanya 'cili' sahaja. .. Bagus sangat ke 'kita' untuk memberika komen sedemikian rupa. Andai nak jugak komen begitu, alaskan lah sikit dengan unsur-unsur positif, barulah orang tidak terasa. Perlu diingat, walaupun kita diberi tugas dan tanggungjawab untuk mengkritik, lakukanlah ia dengan berhemat. barulah orang akan lebih hormat pada kita....  fikir-fikirkan lah. Sesungguhnya, orang yang benar-benar bagus je yang tak rasa dia baguus... yang tak bagus tu lah yang perasan bagus.... aduhh... itulah lumrah dunia..  Wallahualam~

No comments:

Post a Comment