Friday, 10 February 2012

Tweet, Retweet di TWITTER!






Apakah itu TWITTER? Ha, mesti ramai orang tahu kan, apakah itu. golongan manusia zaman kini, kalau tak tahu TWITTER, mungkin orang  akan berasa pelik masakan tidak, twitter merupakan medium yang terkini yang digunakan oleh semua golongan untuk berhubung antara satu dengan lain, walaupun saling tak mengenali. Cukup hanya dengan menegtahui namanya!

Ok. Biar aku berterus terang. Aku juga mempunyai satu akaun twitter. Mulanya dibuat hanya untuk suka-suka untuk menunjukkan yang aku juga tiodak ketinggalan dalam arus teknologi yang dicipta manusia.  Sejak kebelakangan ini, aku kerap menggunakannya. Ye lah, mulanya hanya sebagai tempat untuk menghilangkan boring di kala 'mengantuk' di tempat kerja, dan akhirnya menjadi tabiat pula, seawal pagi dah meng'update' twitter! Aduhhhh, dasyat sungguh penangannya bukan?
Sekadar berkongsi di sini, dalam beberapa hari ini je, pelbagai artis dan selebriti yang ber'twit' dengan aku, termasuklah Catriona Bahrin Ross, Imam Muda Asyraf, Adiputra, Adibah Noor, Sharifah Shahira, Sham kamikaze dan yang paling tak boleh aku lupakan, aku dapat retweet dari JACOB BLACK (twilight saga) aka Taylor Launer.... hehe... seronok la jugak. Tersenyum je aku seharian.




kalau bercakap pasal twitter ni, ada baik adfa buruknya. Setakat ni, alhamdulillah, aku sekadar berkongsi berita dan berkongsi kata-kata yang berguna bersama mereka yang terdapat dalam senarai twitter ku. Aku harap selamanya begini. Mengeratkan ukhuwah yang terbina. Aminn~

No comments:

Post a Comment