Tuesday, 28 February 2012

Keputusan dah Keluar!!!

Tik tok tik tok tik tok masa berlalu begitu cepat sehingga kan tak sedar yang hampir 2 bulan lebih cuti smester akan berkhir dalam masa sehari dua lagi. Bercerita mengenai semester dua, aku teruja. tapi pada masa yang sama, aku sedikit terkilan dengan keputusan semester pertamaku.................
 
Sedih?? Kecewa?? mungkin pada awalnya begitu. bohonglah kalau aku kata aku berpuas hati dengan keputusan pelajaran aku itu. Tapi ....  itulah hakikat sebenar yang harus aku terima....

 Tu je yang mampu aku katakan. apa yang aku tahu, keputusan semeter pertamaku jauh tersasar dari apa yang aku inginkan. Aku hanya mendapat 3.2 berbanding 3.5 untuk setiap semeter... Oh TUHAN~


Pada mulaku aku seperti sukar menerima kenyataan. ye la siapa yang gembira kalau bertungkus lumus siang dan malam dan aakhirnya apa yang diimpikan tidak tercapat. Tapi bila difikirkan balik, mungkin usaha aku masih belum mencukupi. Allah nak aku lebihkan lagi usaha dalam mencapai kejayaan macam orang lain. Mungkin kalau orang lain perlu usaha sekali, maka aku perlu 2-3 klai ganda usaha untuk mencapai kejayaan yang sama. Keupayaan setiap orang adalah berbeza, jadi kita kena terima fakta itu dengan hati yang terbuka.

Semesta kedua akan tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Aku perlu mula mempersiapkan diri dari segi mental, fizikal dan rohani dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang penyelidik dan pelajar sekaligus agar tak tercicir dalam mana-mana segi sekalipun.


Mohon kawan-kawan, ahli keluarga mendoakan kejayaan aku ye. Semoga Allah juga memudahkan segala urusan kalian..... :D

No comments:

Post a Comment